
Hujan? Kedua-dua Tajuk Dan Gambar Di Atas Tiada Kaitan Dengan Entri Saya Kali Ini. Cuma Sekadar Hiasan Semata-mata. Patutnya Saya Menamakan Entri Ini Seperti Fast Update #01 Atau Seumpamanya. Tapi Saya Agak Kurang Selesa Dengan Penggunaan Angka² Tersebut Maka Moleknya Saya Menggunakan Tajuk Yang Mempunyai Unsur Estetika Sebentar.
Tugas
Saya Masih Lagi Adalah Seorang Mahasiswa Yang Bertindak Sebagai ‘Agen Kepada Mahasiswa’. Maka Dengan Ini Tugas² Seorang Mahasiswa Masih Perlu Lagi Saya Garap. Tugas Masih Lagi Datang Bertalu² & Banyak Mesyuarat² Yang Perlu Dihadiri. Saya Mempunyai Tanggungjawab Selain Menyiapkan Projek Tahun Akhir. Beberapa Jam Tadi Hadir Satu SMS Daripada Seorang Rakan Seperjuangan Berbunyi :
“Untuk Wacana Pengantarabangsaan, Anda Dipilih Untuk Menjadi Panel. Presentation Selama 15 Minit. Hari Jumaat 24 Ogos. Bilik Senat Jam 3. Mazuwan Murad - Budaya Pelajar Eropah. Tay See Hwai - Pembangunan China. Rajanee - Perindustrian Thailand. Qaiyum - Bidang ICT Di India. Sila Sediakan Slide. Ada Masalah Mesej Saya. Terima Kasih” (Segala Shortform Telah Diterjemahkan)
Nasib Baik Bukan 25 Ogos. Hmm.. Saya Perlu Mengkaji Lebih Mendalam Lagi Mengenai India Untuk Tugasan Ini. Tugasan Ini Diberikan Berdasarkan Kepada Pengalaman Masing² Yang Pernah Berhijrah Ke Negara² Tersebut. Ini Bukanlah Matapelajaran Dalam Jurusan Kami. Apa Yang Kami Buat Ini Tidak Akan Mencecah Masuk Ke Dalam Pemarkahan PNGK Kami. Namun Inilah Yang Dikatakan Perjuangan Sebagai Seorang Mahasiswa. Berkorban Untuk Kepentingan Bersama.
Rumpun
Ingatkan Saya Rakan² Jika Anda Ternampak Saya Masih Lagi Berlegar² Di Sekitar Bangi Pada 25 Ogos Ini. Jerit Kepada Saya Sekuat Hati “RUMPUN…!!!” Kadang² Saya Lupa Bila Kepada Berserabut Dengan Tugasan. Hihi..
Akuarium
Pembunuhan Beramai² Kehilangan Lobster Yang Comel Telah Saya Gantikan Dengan Beberapa Ekor Ikan Guppy Bagi Mengisi Ruang Kosong Di Dalam Akuarium. Namun Sekarang Saya Masih Menunggu Untuk Sang Betina Melahirkan Anak Bagi Mengasingkan Anak Itu. Ini Untuk Mengelakkan Anak Itu Menjadi Sarapan Mak Bapaknya Sendiri.
Qaiyum.net
Hingga Kini Terdapat 8 Entri Dan 44 Komen Semenjak Kelahiran Qaiyum.net . Ini Merupakan Rekod Paling Cemerlang Saya Dalam Bidang Penulisan Iaitu Menulis 8 Entri Dalam Masa Kurang 2 Minggu. Terima Kasih Saya Ucapkan Kepada Kalian Semua Yang Menyokong Saya Dari Hadapan Dan Juga Belakang. Tanpa Kalian Siapalah Saya. Diharapkan Minggu² Yang Mendatang Saya Masih Lagi Ada Kekuatan Dan Semangat Fanatik Terhadap Blog Ini. Tegur-Menegurlah Kita Sesama Sendiri Bagi Menambahkan Lagi Nilai² Kehidupan Yang Masih Kurang Di Dalam Diri Kita. Masih Banyak Yang Perlu Dikupas Dan Dikembangkan Agar Pemikiran Kita Ini Sentiasa Terkehadapan. Terima Kasih Sekali Lagi Kepada Kalian Semua Yang Masih Sudi Lagi Membaca Tulisan Saya Hingga Ke Baris Ini…
p/s : Saya Sedang Membangunkan 2 Lagi Laman Blog Di Qaiyum.net . Saya Sedang Dalam Usaha Pencarian Pasukan Saya Sendiri Untuk Menjadi Tenaga Penggerak Kepada Salah Satu Projek Saya Ini. Berminat Silalah Rajin² Menghantar Mesej Kepada Saya. Sebuah Lagi Laman Adalah Sekadar Photoblog Dimana Hobi Sampingan Saya Terhadap Fotogradi Akan Saya Cungkilkan Di Situ. Sekian..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Cita-cita
- Alhamdulillah, Hari Ini Hujan Turun..
- Penat..
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- Kisah Tragik : Kepulangan Dari Melaka
- Starcraft II : Permainan Lagenda Kembali
- Destinasi - Ijok (DUN Menteri Besar Baru)













ko pegi rumpun tu?
malas gile aku nk gi
hehehehhe lgpon keje laaa
ehh..budaya ict kat india satu topik yg bagus+senang sket la
bcoz org india ni advance dlm ict terutamanya programming
diorg ade satu tmpt yg high tech gile kat sane…aku lupe name die ape
ko try carik
microsoft, apple, adobe, macromedia byk pki indian programmer sbb they r all so good
indian basically is a very technical community
diorg bgs dlm ape2 jenis technical stuff…cumenye byk kaum diorg kat india xtau psl tu
Mohd Ismail Dah Bagi Aku Satu Tugas Dlm Rumpun Tue. Kene Pegi. Huhu.. Tula. Ade Gak Aku SEntuh Pasal India Dalam Entri Hyderabad, India. Cume Aritu Pegi Tak SEmpat Nak Melawat Silicon Valley Die. Ader 2 Silicon Valley. 1 Kat Bangalore & 1 Lagi Kat Hyderabad. Ko Camtau Pasal India Je. Aa.. Keje Kat Company India Ke?
50 Tahun Merdeka..Hmmm…Ade Certa Menarik Sepanjang 50 Tahun Merdeka? Mungkin Kita Boleh Berkongsi
Ya Qaiyum, satu usaha yang bagus untuk anak muda. Teruskan menulis dan berfikir.