NameWee - Negarakuku & Kawanku
Aug 19th, 2007 oleh Qaiyum

NameWee - Nama Seorang Yang Rasanya Dah Cukup Dikenali Kerana Populariti Beliau Yang Meningkat Secara Mendadak. Oleh Itu Tidak Perlulah Lagi Saya Memperkenalkan Personaliti Ini. Diberitakan Semalam Bahawa Beliau Bukan Sahaja Telah Mengarang Lagu Kontroversi Negarakuku, Namun Setelah Saya Semak Di You Tube Hari Ini Ada Beberapa Lagi ‘Hasil Seni’ Yang Telah Beliau Terbitkan. Antaranya Ialah My Friends/Kawanku. Kenapakah Isu Ini Menjadi Terlalu Kontroversi Sehingga Hari Ini?
Mungkin Boleh Saya Kongsi Bersama Beberapa Perkara Untuk Rujukan Bersama Sebagai Seorang Rakyat Malaysia… Mengikut Perspektif Saya Yang Sentiasa Optimis.. :D=
Kontroversi Lagu Negarakuku - Seperti Lagu² Yang Lain Yang Telah Saya Dengar Dihasilkan Oleh Beliau, Lagu Ini Juga Sangat Menyentuh Sensitiviti Terutama Kaum Melayu & Yang Beragama Islam. Walaupun Dia Cube Untuk Berkongsi Realiti Semasa Di Malaysia, Namun Cara Penyampaian Dan Medium Yang Digunakan Telah Mengundang Padah Kepada Beliau. Rasenye Lagu Ni Kalau Tak Silap Die Buat Sebab Die Kene Saman Dulu. Tu Yang Banyak Cite Pasal Polis Tue.. Padah Juga Menanti Beliau Apabila Telah Tersedia Di Dalam Akta Lagu Kebangsaan Tahun 1967 (Kalau Tak Silap Tahun La) Mengatakan Akan Di Ambil Tindakan Terhadap Sesiapa Yang Didapati Menghina Atau Mempersendakan Lagu Negaraku. Berani Betul Beliau Ni..
Isu Terbaru Lagu MyFriends/Kawanku - Di Dalam Lagu Ini Saya Mendapati Bukan Kaum Melayu Sahaja Yang Terlibat Dalam Siri ‘Luahan Perasaan’ Beliau, Adalah Termasuk Juga Kaum Cina Hokkien & Cina Singapura. Apa Yang Boleh Saya Ulaskan Terhadap Pengisian Lagu Ini Adalah Dia Mempersoalkan Kenapa Kaumnya Iaitu Cina Hainan Yang Lebih Ramai Berbanding Cina Hokkien Di Malaysia Ini Tetapi Tidak Mendominasi. Bahasa Kantonis (Bahasa Cina Hokkien) Lebih Banyak Menguasai Ruang Media Di Malaysia Berbanding Mandarin (Bahasa Cina Hainan). Seterusnya Beliau Turut Menyentuh Mereka Rakyat Cina Di Singapura Di Bawah Pemerintahan Lee Kuan Yew Termasuk Pemikiran Mereka & Penerimaan Mereka Terhadap Orang Cina Di Malaysia. Seterusnya Barulah Dia Menyentuh Mengenai Sifat Melayu Yang Antaranya Malas Kerja, Isap Dadah Banyak, Mat Rempit, Dan Lain².
Saya Rasa Tak Perlu Saya Kupas Dengan Mendalam Berkenaan Isu² Ini Cuma Apa Yang Perlu Diambil Perhatian Serius Adalah Komen² Setiap Entri Video Yang Kontroversi Itu Di You Tube. Didapati Beratus² Komen Yang Rata² Berunsur Ancaman Kepada Beliau, Cacian, Kutuk-Mengutuk Antara Kaum, Sumpah-Seranah Dan Lain² Sifat Mazmumah Lagi. Tak Kurang Juga Mereka Yang Cuba Mententeramkan Keadaan Dan Memberi Nasihat. Namun Semuana Sia². Inilah Bahananya Jika Api Perkauman Itu Dimainkan Seperti Bermain Bunga Api Di Malam Raya.
Marilah Kita Sorot Sedikit Sejarah Berkenaan Dengan Negara Yugoslavia Satu Ketika Dulu. Yugoslavia Satu Ketika Dahulu Merupakan Sebuah Negara Yang Didiami Oleh Pelbagai Etnik Namun Kini Telah Berpecah Menjadi Beberapa Buah Negara. Puncanya Senang. Apabila Ditiupkan Api Perkauman Antara Bosniak, Croat, Serb, Albania & Lain² Kaum Yang Kecil. Masing² Ingin Merebut Tampuk Pemerintahan Agar Dapat Memimpin Kaum Masing². Maka Terjadilah Peperangan Bagi Merebut Sesuatu Yang Dikatakan Hak Kaum Itu. Masing² Menyatakan Bahawa Mereka Mempunyai Hak Terhadap Sesuatu Dan Tidak Akan Bernaung Dibawah Pemimpin Yang Bukan Dari Golongan Mereka. Hingga Lahirlah Yugoslavia Seperti Yang Kita Lihat Pada Hari Ini Iaitu :
Ini Baru Kita Sorot Sejarah Di Yugoslavia. Seperti Yang Kita Sendiri Sedia Maklum Bagaimana Pula Dengan Sejarah Di Tanah Arab. Dari Utuhnya Kerajaan Turki Uthmaniah Sehinggalah Lahirnya Arab Saudi, Iran, Iraq, Kuwait & Lain²nya. Itu Semua Adalah Kerana Semangat Nasionalisme Yang Tidak Mengikut Konsep Yang Tepat. Meletakkan Tuntutan Hak Itu Lebih Dari Segalanya Tanpa Memikirkan Masa Depan Umat Sejagat.
Di Malaysia Kita Terdiri Daripada 3 Kaum Majoriti Iaitu Melayu, Cina & India. Dari Keluarnya Singapura Dari Malaysia Hinggalah Peristiwa 13 Mei 1969 Dan Sehingga Kini Banyak Perkara Yang Telah Mencorakkan Malaysia. Namun Kita Masih Lagi Dapat Berdiri Sebagai Negara Malaysia Seperti Asalnya Tanpa Ada Lagi Perpecahan. Adakah Kita Mahu Lihat Lagi Ada Perpecahan Berlaku Di Malaysia Akibat Daripada Tertiupnya Api Perkauman Di Malaysia?? Mungkin Sebagai Contoh Pulau Pinang Kelak Akan Keluar Dari Malaysia Dan Menjadi Negara Sendiri Yang Merdeka? Ataupun Johor Bahru? Ataupun Lain² Lagi Negeri Yang Bukan Didominasi Oleh Orang Bumiputera? Fikir²kanlah Sejenak Mengapa Agenda Perpaduan Kaum Sangat Dititikberatkan Oleh Kerajaan. Pelan Integrasi Nasional Dilaksanakan. Dan Bermacam² Lagi Agenda Yang Menyentuh Mengenai Kepentingan Bersatu-Padu Dikalangan Rakyat Malaysia.
Mari Kita Sorot Sebentar Antara Ungkapan Bekas Pemimpin Terdahulu :
” Kita Harus Melihat Kepada Bahagian Di Dalam Syor Suruhanjaya Reid Yang Melebihi Dari Apa Yang Kita Minta Dengan Mengambil Peringatan Bahawa Sifat Tamak Boleh Membutakan Kita Dari Kebenaran Dan Juga Hak Orang Lain.. Jika Tidak Kita Akan Mengorbankan Perkara Yang Penting Untuk Mendapat Keuntungan Yang Sedikit. Adalah Malang Jika Perikatan Ini (Kini Barisan Nasional) Dicemari Dengan Sifat Tamak. ”
- Tan Cheng Lock (2 Mei 1957)
” Komposisi Kaum Di Dalam Negara Ini Ialah Semua Kaum Merupakan Majoriti. Oleh Itu, Semua Kaum Juga Adalah Minoriti. Ini Boleh Menjadi Kekuatan Dan Juga Kelemahan Sesebuah Negara. Ia Merupakan Kekuatan Kerana Setiap Kaum Saling Memerlukan Dan Bergantungan Di Antara Satu Sama Lain. Tetapi Ia Juga Boleh Menjadi Kelemahan Oleh Kerana Perasaan Bimbang Dan Prasangka Di Antara Satu Sama Lain. ”
- VT Sambanthan (12 Julai 1957)
” Di Bawah Perubahan Di Dalam Perlembagaan Baru, Kita Bersedia Untuk Berkongsi Hak-Hak Kita Dengan Bangsa Lain Yang Telah Menunjukkan Taat Setia Terhadap Tanahair Ini Asalkan Ia Tidak Melampau..
.. Tiada Siapa Pun Perlu Merasa Bimbang Terhadap Masa Depan Masing-Masing Di Dalam Tanah Melayu Yang Merdeka. ”- Tunku Abdul Rahman (28 Mac 1957)
Ingatlah Bahawa Sifat Tamak Boleh Mendatangkan Kemudaratan Kepada Kita Dan Tanahair Yang Dicintai Ini. Apabila Ada Antara Kaum Di Sini Yang Masing² Ingin Menuntut Hak Masing², Maka Seperti Yugoslavia-Lah Kesimpulannya. Kita Juga Yang Mendapat Nikmat Berbilang Kaum Ini Sebenarnya Saling Memerlukan Antara Satu Sama Lain. Kita Tidak Akan Boleh Hidup Dengan Hanya Kaum Kita Sahaja Di Negara Ini. Dan Akhir Sekali Kata Tunku Abdul Rahman, Perlembagaan Kita Telah Cukup Adil Untuk Kesaksamaan Rakyat. Tapi Setiakah NameWee Pada Tanahairnya Ini Apabila Memainkan Lagu Negaraku ??
Resolusinya Kali Ini :
- Jangan Meniupkan Api Perkauman Walau Di Mana Pun Mediumnya.
- Tidak Perlu Kita Syak Wasangka Antara Satu Sama Lain Di Dalam Negara Ini. Janganlah Terlalu Dikenang Kembali Peristiwa 13 Mei Itu. Tinggalkan Ia Sebagai Sejarah Hitam Yang Tidak Perlu Lagi Diulangi.
- Sayangilah Negara Kita Hendaknya. Kalau Bukan Negara Kita Negara Mana Lagi Yang Akan Menerima Kita Sebagai Rakyatnya??
p/s : Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke-50. Malaysia Tak Dapat Masuk Semi Final Badminton Piala Dunia 2007. Huuu… Adakah BAM = FAM ??
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Warisan
- Simbol Perpaduan
- BOOM!! Negaraku Malaysia..
- Oh! Jiranku.. Dimana Silapku ??
- Tiada Lagi Youtube ??













jgn anggap isu Namawee isu yang besar..sebab jangan jadikan seorang untuk terus kecoh2..
Itula.. Nampak Kecik Je. Tapi Tetap Jadi Kontroversi Bile Die Menyentuh Sensitiviti. Kalau Dia Sorang Takpe. Tapi Dia Telah Samada Sengaja Atau Tak Sengaja Mengheret Orang² Yang Komen Dalam YouTube Itu Ke Arah Perpecahan.
Kerajaan memang ambik serius hal nih.padahal banyak lagi perkara lain yang lebih serius perlu diambil tahu…hehehe
Tula.. Tapi Kadang² Salah Media Gak. Media Kecoh. Pastu Jumpe Pemimpin Bagai Mintak Pendapat Tanye Bagai. Tu Yang Nampak Macam Kerajaan Lak Macam Serius Sangat. Padahal Media Je. Yang Isu² Utama Yang Kerajaan Fokus Media Tak Fokus Pun..
Harap Betulkan Penggunaan Panggilan Untuk “Beliau”…Beliau Kalau tak Silap Hanya Di Gunakan Untuk Orang Yang Kita Hormat Saje..Nape Kita Nak Hormat Warganegara Yang Menghina Negara Sendiri…Kedaulatan Lagu NegaraKu Dah Tercemar…Dah La Selama Ni Ramai Yang Tak Hormat Lagu NegaraKU dengan Tidak Berdiri Tegak @ Tidak Berhenti Berjalan Apabila Mendengar Lagu NegaraKu…
Tapi aku pelik…Kat skolah aku bukan main lagi hormat lagu negaraku…tapi masa azan zohor cikgu sendiri dok wat bising bising.Apsal la macam tu sekali ek?
Kenapa Datuk Nenek Kita Dulu Boleh Bersatu Padu Untuk Merdeka…Kenape Anak Zaman Pasca Merdeka Langsung Tak Dapat Ikut Jejak Nek Moyang Kita…???
haha..btol OT…azan bising2 xder plak kecoh satu Malaysia sedangkan lagu negara aku ngan azan..azan lagi membawa kebaikan…
Bole tau sumber2 rujukan artikel ni?.. Klau bole tambah lagi artikel yg brunsur patriotik ni eh. Diharap sambutan kemerdekaan ke-50 lbh menyemarakkan semangat patriotisme kita..
saya seorang sosialis. tunggu nanti lahir Fidel Castro dari Malaysia.
the first time i saw that video, memang curse all out la. damn biadap giler budak ni. giler tak bersyukur. patot kene buat negara je!!
Tapi Kalau Dari Pandangan Perspektif Yang Lain,Mmat Tu Mungkin Jahil Dgn Semangat NAsional…Mungkin JUga Dia Lupa Nak Pegi BTN Bila NAk G Taiwan Tu…Dia Mungkin Hanya Sekadar Nak Mencungkil Bakat Sebagai Penyanyi..Mungkin Bermula Dengan Kontroversi Dia Beranggapan Akan Menjadi Seperti Eminem Dan Britney Spears Yang Menjadi Popular Setelah Kontroversi…
Ataupun Dia Telah Di Upah Oleh CIA Untuk Memecah Belahkan Negara
APe Pe Hal Pun Kita Kena Tanya Empunya Diri..
wow,a well-written article..i’m impressed..ada fakta sejarah,quotes…recommended reading material untuk Hari Kebangsaan yg ke-50!
[…] NameWee - Negarakuku & Kawanku […]