Kisah Sebuah Akuarium
Aug 18th, 2007 oleh Qaiyum
Saya Kini Telah Mempunyai Sebuah Hobi Yang Tidak Saya Komersialkan Dari Dahulu. Cuma Secara Kecil²an. Membela Ikan Di Dalam Akuarium Yang Lengkap Adalah Angan² Saya Yang Hangat² Tahi Ayam Sejak Kecil. Walaupun Waktu Itu Saya Sudah Mempunyai Akuarium, Namun Semangat Kecintaan Terhadap Ikan Belum Memuncak Lagi. Sehinggalah Sejak Akhir² Ini Kelihatan Saya Semakin Fanatik Terhadap Hidupan Akuatik Sebegini.
Bermula Beberapa Bulan Yang Lepas Dengan Bajet Seorang Mahasiswa Yang Miskin Minima, Saya Bermula Dengan Membela Beberapa Ekor Ikan Laga Di Dalam Botol. Setelah Beberapa Siri Kematian Dan Kehidupan Semula, Saya Beralih Arah Pula Untuk Menternak Ikan Gapi Yang Memang Rajin Beranak. Namun Akibat Ketidaklengkapan Habitat & Kesibukan Tukang Bela, Maka Berlaku Lagi Beberapa Siri Kematian Ikan Gapi Yang Menyayat Hati. Namun Disebabkan Harga Ikan Kecik Itu Yang Murah Di Pasaran, Tidak Susah Untuk Menghidupkan Spesis Itu Kembali.
Sehinggalah Saya Telah Berpindah Ke Rumah Sewa Yang Lain. Maka Tuan Rumah Telah Menyediakan Sebuah Akuarium Percuma (Tak Tau Sape Punya Sebenarnye) Untuk Kami. Maka Dengan Tidak Ingin Mensia²kan Akuarium Itu, Maka Aktiviti Merekabentuk Dan Mewarnai Akuarium Itu Pun Berlangsung…
Siri Pembaikpulihan & Keceriaan Akuarium Ini Bukan Baru Bermula. Sebelum Ini Telah Terjadi Beberapa Siri Keceriaan Akuarium Serta Penternakan Ikan. Bermula Dengan Spesis Ikan Kap Sebagai Percubaan. Daripada 65 Ekor Sehingga Kini Hanya Ada 1 Ekor Yang Menjadi Survivor. Sehinggalah Kepada Kelengkapan Habitan Yang Semakin Lengkap Termasuk Pembelian Motor Untuk Oksigen, Pengaliran & Penapisan Air, Batu², Pokok², Batu Karang, Kayu Dan Wallpaper.
Batu² Yang Diperolehi Bukan Sahaja Dari Kedai Akuarium Malah Telah Datangnya Batu-Batuan Dari Lembah Kelang (Tak Tau Dari Mane Sebab Tetibe Dah Ade.. Member Bawak Dari Mane Tah), Batu Karang Dari Pulau Langkawi (Member Pegi Holiday Bawak Balik) & Kayu Yang Diimport Khas Dari Pulau Borneo (Ni Beli.. Murah Jek).
Tadaa… Dah Complete Apabila Semua Ikan² Telah Dimasukkan & Motor Juga Dipasang. Kisah Yang Tragis Bermula Dari Sini Pula. Bagi Menaikkan Lagi Taraf Bintang Akuarium Saya Ini Maka Saya Telah Jatuh Hati Pada Udang Lobster Spesis Kecil Yang Dijual Di Sebuah Akuarium Di Sekitar Bandar Baru Bangi. Kerana Kecomelan Lobster Itu Maka Saya Telah Membeli Sepasang Untuk Dijadikan Bahan Ternakan (Sebenarnya Bahan Eksperimen) Untuk Diasimilasikan Ke Dalam Akuarium Bersama Ikan² Kesayangan. Selepas 4 Hari Lobster Itu Berada Di Dalam Akuarium Dan Tidak Menunjukkan Sebarang Masalah (Kecuali Kurang Makan), Maka Malam Tadi Kedua² Lobster Itu Telah Menghembuskan Nafas Yang Terakhirnya. Mungkin Kerana Habitat Akuarium Yang Terlalu Ceria. Maka Susulan Dari Itu Maka Mereka Pun Menjadi Mangsa Keadaan..
Kreatif Bukan? Akibat Tiada Kelengkapan Memasak Di Rumah Ini, Maka Toaster Telah Menjadi Pun Digunakan Sebagai Agen Penyempurnaan ‘Mengkuburkan’ Lobster Itu. Bertukarlah Sebuah Lobster Yang Comel Menjadi Kawan Spongebob Yang Warne Merah (Ape Tah Name Die?).. Maka Selepas Aktiviti Men’Toaster‘ Itu, Maka Beristiadatlah Dengan Acara Santapan Diraja Melapah Lobster Yang Comel Itu. Saya Sebagai Tuan Punya Lobster Tidak Terlibat Dengan Istiadat Tersebut. Cukuplah Sekadar Lobster Itu Dapat Menyumbangkan Sel Darah Merah Kepada Sahabat Handai Daripada Terus Terbiang Tanpa Sumbangan Di Dalam Tong Sampah..
Maka Tiada Lagilah Sebarang Spesis Aqua Lain Yang Akan Berada Di Dalam Akuarium Ini Lagi Selepas Ini Selain Daripada Spesis Ikan. Huhuhu..
Berikut Adalah Spesis Ikan Yang Masih Bernaung Di Bawah Akuarium Ini :
- 11 Ekor Black Tetra
- 3 Ekor Black Oranda
- 2 Ekor Red Oranda
- 2 Ekor Black Moor
- 1 Ekor Carp Fish
- 1 Ekor Bristlenose Catfish@Ikan Bandaraya@Penghuni Asal Akuarium
Demikianlah Ceritanya Kisah Sebuah Akuarium. Diharap Pengunjung Yang Arif Dapat Meninggalkan Komen Mengenai Cara² Pembelaan Lobster Jika Ada.
p/s : Mempunyai Sebuah Akuarium Hasil Rekaan Sendiri Amat Best Disamping Berfungsi Untuk Menenangkan Pemikiran Diwaktu Stress. Cubalah!!
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Hujan
- Penghijrahan & Kisah Disebalik Yang Misteri
- Sebuah Singgahsana Di Pantai Port Dickson
- Kisah 3 Sahabat Karib Di Arena W.P. Labuan
- Nurin Jazlin Jazimin (1999-2007)
- Damai Bersama
- Cuti-Cuti Keluarga, IT & Kerjaya Lagi


















Terlupe Letak Dalam Entri. Malas Nak Tulis Kat Entri Tulis Kat Komen Pun Bolehla..
Tema Akuarium Aku Adalah Hitam. Tu Je Nak Bagitau. Hehe.. Visual Di Atas Tak Lawa Sebab Amik Pakai Henset. Kamera 7MP Aku Dipinjam Orang. Huu..
asssalamualaikum…
first time melawat blog ini..
ooo peminat ikan ye.. baguslah tu..
kena rajin kalau jaga ikan nie..
saya tak rajin.. sebab tu takde de ikan2 nie
Aku Rasa Aquarium Tu Banyak Sangat Klorin LA wei…TAk Pun Udang Ko Tu Tengah NAk Salin Kulit…HarHArHar…
Yeke?? Aku Dah Letak Clorox Bleach Bagai Dah. Aku Rase Lobster Tu Menjadi Mangsa Buli Kepada Ikan² Laen Yang Ade Dlm Akuarium Tu La.
Takziah diucapkan atas kematian 2 ekor lobster tu. Mesti sedap kan lobster tu. Tp sbnrnye dh 3 ekor kan yg mati kat tgn kanda? Skg ni, jagela baik2 spesies ikan2 yg ade kat dlm akuarium tu. Banyak nyawa tu yg nk kne jage. Klau tensen2 tgkla ikan2 tu eh.
[…] Pembunuhan Beramai² Kehilangan Lobster Yang Comel Telah Saya Gantikan Dengan Beberapa Ekor Ikan Guppy Bagi Mengisi Ruang Kosong Di Dalam […]
wai ko ni tak ada keja ke nak tulis blog pasal lobster ko yang dah jadi sampah sarap tu hahhahaha. ko ni memang tak reti jaga lobsterlah. nanti belilah lagi boleh aku makan lobster ko tu hahahhahaha.
haha ni mcm website DIY nk buat akuarium ja..aku pun teringin nk bela ikan kat bilik,kecik ja..tapi xjumpa lagi kedai haiwan peliharaan kat sini,padahal anjing kat sini mcm separuh population sini ja..pelik
Akum…. best ko punya hobi nihh.. sayo pun minat jgk tapi baru nak mula berjinak-jinak. Coz sblm ni hobi sayo adalah mengumpul senjata-senjata lama seperti keris, bayonet dan pedang….hmmm..rasonyo lagi cantik kalo ada akuarium yang cantik dalam bilik tempat simpan koleksi senjata sayo.. koollllll….apapun renung-renungkan ayat ini…..orang yang tiada hobi adalah orang yang berpotensi melakukan jenayah….ok teruskan hobi baik luu.. Gua ciao.
first time tgk blog ni.. sori bout lobster tu.. sy pun ade bela ikan gak.. mula2 bela ikan gapi, sampai la dah beranak.. bape kali tak ingt la.. tp yg sedih nye, tibe2 sekor sekor mati.. last2 takde.. skrg bela sepat wane wani, tp same nasib diorg tuh, sedih jek, huhu.. paling senang bela ikan puyu, mancing kt kg, bwh balik umah.. pasni nak kembali menternak ikan gapi.. k bela la ikan2 awk yg ada tuh
best bela ikan nih.. tensen2 tgk ikan tuh..
assalamualaikum..
1st time visit this blog.
ayah saye pun sama cam awak…bela ikan..
kitorang ade 5 akuarium berisi ikan dan sipot parasit…(sipot2 ni tak diundang utk tinggal bersamer)…
dah 5 thn bela ikan nih…
b4 beli lobster tuh..patutnye research kat tenet dulu..
ermmm…mak saye slalu marah kat ayah saye setiap kali ade ikan yg mati..hu..sedey…coz ikan yg mati dicampak ke kucing…and those fishes are actually equals to 5ringgit…7ringgit…heheh..
nak kongsi ckit..
1.goldfish x leh duduk dlm air yg bersih sesgt…lebeh kotor lebeh baik..peliknyer..
2.ayah saya ckp..koi fish kene duduk dlm air yg sgt2 bersih!!
3.ade certain spesies angelfish yg mkn ikan kecik laen…berlagak besor pdhal bdn leper cam sepat jer…
4. ikan puyu yg kitorg bela x besor2 walaupun dh 5 thn…hu..
5. ikan gapi cpt membiak!! ada 1 akuarium ni, kitorang cmpurkan dgn mcm2 spesies ikan guppy(mula-mula jeh)..after few month, baby ikan colour itam pun muncul dgn byknye…sronok dpt adek ikan…heheh..
6. try la tambah pokok2 natural yg terapung atas air…ada certain ni act as water purifier…terutamanye yg keluar bunga putih waktu pagi…
7. ayah saya x pernah tuang cecair asing dlm air..(utk hilangkan chlorine tu..)..dia cuma pakai air hujan and letak byk2 pokok..air lebih jernih.
8. pastikan level ammonia dlm air sentiasa stabil..
9. kesimpulannya…pengurangan penggunaan bahan kimia mengurangkan kadar kematian ikan2 hiasan dlm akuarium…huhu..
Thanks 4 The Info Ikako..
Dah Banyak Revolusi Dah Spesis² Ikan Dalam Akuarium Sekarang Ni. Dan Beberapa Siri Kematian Dan Kelahiran Semula La Terjadi Kat Akuarium Saya Ni Skang. Ikan Pun Makin Pelik Punya Spesis.. Member Beli Tah Spesis Ape Tah. Pelik Betul..
Nape tak letak kura-kura ke..baru unik skit…
Air Cepat Kotor La Kalo Letak Kure²..
Huhu…saya pun baru saja membeli seekor lobster, mungkinkah ia sekan-akan milik saudara Qaiyum? Setakat ni, baru seekor (eksperimen kejam sebab melibatkan nyawa sebenarnya) yang saya bela, pun saya susah hati sebab tak tau camne tips2 untuk mengoptimumkan keceriaan lobster tu. Tak nak la mengalami episod kematian sadis macam sudara Qaiyum tu, trauma woo..
Hehe.. Takpe. Cuba bela. Tapi tips saya cuba pastikan tidak banyak ikan² lain yang dicampurkan sekali dengan lobster. Dikhuatiri akan menyebabkan lobster berada dalam keadaan tidak selesa. :D=
Sebenarnya memang setakat ni saya x bercadang nak bela ikan pun, tambah2 lagi ikan gapi sebab diaikan (bukan diorang) x pandai merancang keluarga, hehe.. Dalam akuarium tu hanya ada seekor lobster je. Saya dah dapat sket2 info, dan rasanya lobster saudara Qaiyum tu arwah sebab akuarium tu terlalu meriah (ramai penghuninya) sedangkan freshwater lobster ni ada sket2 antisosial. Penjagaan sebenarnya senang, tapi saya sendiri skang ni konfius pasal makanan, apa yang seswai ekk? Yang dibeli skali dengan lobster aritu adalah jenis floating frozen tubifex worm, sedangkan dikatakan jenis makanan untuk lobster ni ialah yang tak floating. Kalo saudara Qaiyum ada info, tolong la ye…tq.
Lupa lak, kalo saudara Qaiyum nak cari info pasal freshwater lobster tu, boleh cuba tengok liveaquaria.com. Bagus website ni…
Saya try bagi lobster tu makan roti yang digentel2 supaya jadi padat. Memang gentelan roti tu tenggelam la..pastu lobster tu makan terus. Yahu! Pastu air terus jadi x brapa clear, hampeh… X mo dah bagi makan roti pasni..
Hehe.. Teringin La Nak Bela Lobster Balik. Tapi Kene Tunggu Spesies Ikan Yang Ade Skang Ni Menemui Ajalnye Supaya Komuniti Akuarium Ni Tidak Terlalu Padat. Abistu Ape Yang Sesuai Nak Dibagi Makan Lobster Nie ??
Ahah! Semenjak dua menjak ni lobster tu semakin aktif, mungkin dia happy sebab saya dah salin air campuran roti aritu. Saya still bagi makan pellet yang dibeli tu (freeze dried tubifex), hiris halus. Walaupun pellet tu float, tapi lobster telah mengambil langkah proaktif (ye la, makanan kan) untk makan. Dia capai makanan yang floating tu, pegang kuat2, bawak nyorok blakang pokok2, makan diam2. So setakat ni saya rasa makanan tu masih lagi acceptable.
Kalo mengikut website tu (liveaquaria) dikatakan lobster ni agak antisosial, dan agak territorial, so kalo banyak sangat peserta dalam satu akuarium mungkin akan ada pergaduhan merebut kawasan yang mungkin mengakibatkan pertumpahan, err… darah la kot (lobster berdarah ke?). In case saudara Qaiyum nak memasukkan semula lobster dalam akademi akuarium, mungkin saiz akuarium dan kepadatan populasi perlu dipertimbangkan semula…
Sekarang Ni Saya Telah Menambah 2 Ekor Lobster Sebagai Langkah Awal Untuk Mengembalikan Populasi Lobster Dalam Akuarium Saya. Walaupun Masih Terdapat Spesies Ikan Lain, Tetapi Jumlah Ahli Ikan Dalam Komuniti Itu Tidak Ramai. Rasanya Seswai Untuk Persekitaran Lobster Itu Yang Anti Sosial. Kita Lihat Nanti Apa Yang Akan Berlaku Dalam 2-3 Hari. :D=
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H untuk saudara Qaiyum dan rakyat akuariumnya
So camne la alkisah lobster2 saudara tu, ada perubahan sikap? Haritu saya balik kampung, lobster terpaksa ditinggalkan dengan kawan. Harini baru nak pegi amik semulal. I missed my lobster la…