Konvokesyen UKM 35
Aug 15th, 2007 oleh Qaiyum

Konvokesyen UKM Ke-35 Telah Masuk Sidang Ke-10 Sewaktu Entri Ini Sedang Ditulis Oleh Penulis. Tetapi Kenapa Penulis Masih Lagi Belum Konvo??
Seronok Melihat Rakan-Rakan Seperjuangan Meraikan Kejayaan Masing² Pada Majlis Konvokesyen Yang Diadakan Bermula 11-16 Ogos 2007 Ini. Menerima Kalungan Bunga/Kad Ucapan/Coklat/Teddy Bear Pun Ada Menyebabkan Perasaan Untuk Sama-Sama Meraikan Kejayaan Ini Bersama Memuncak Secara Tiba-Tiba. Namun Ini Semua Adalah Cabaran Bagi Seorang Pejuang Yang Masih Lagi Setia Untuk Berjuang Dalam Mencetuskan Agenda Bangsa. Realitinya Majlis Konvokesyen Ini Adalah Penutup Bagi Perjuangan Kita Di Kampus. Tak Kiralah Samada Berjuang Dalam Bidang Akademik Mahupun Berjuang Untuk Memajukan Lagi Diri Sendiri. Sejurus Selesai Sahaja Majlis Konvokesyen, Kita Kembali Kepada Keadaan Asal. Mungkin Keadaan Diri Sebagai Penganggur. Atau Bagi Yang Dah Berkarier Maka Perlu Pulang Semula Ke Landasan Masing² Selesai Sahaja Majlis. Majlis Konvokesyen Bukanlah Majlis Keraian Seperti Menyambut Pengantin Baru. Tidak Ada Malam Pertama Yang Perlu Dinantikan Oleh Seorang Graduan Yang Berkonvo.
Tetapi Jika Lihat Kembali Pernyataan Di Atas, Adalah Pula Seperti Ayat Seorang Yang Jeles Terhadap Mereka Yang Telah Berkonvo.. Hoho.
Penulis Sebenarnya Telah Mengalami Zaman Kegelapan Iaitu Sebuah Zaman @ Semester Yang Mana Penulis Terlalu Leka Terhadap Perjuangan Menjaga Kucing Sehinggakan Terabai Satu Aspek Yang Paling Penting Sewaktu Bergelar Mahasiswa Iaitu Akademik. Namun ‘Wake Up Call‘ Tersebut Agak Tidak Dijangka Oleh Penulis Kerana Semester Tersebut Dirasakan Agak Biasa Sepertimana Semester-Semester Lain. ‘Kenakalan’ Penulis Tidaklah Terlalu Ekstrim. Hanya Datang Lewat Beberapa Minit @ Jam Ke Dewan Kuliah, Lewat Hantar Assignment, Kurang Beramah-Mesra Dengan Pensyarah & Duduk Di Barisan Paling Belakang. Tidak Lebih Dari Itu. Ekstrim Kah Aku??
Akibatnya Zaman Tersebut Telah Mengheret Penulis Ke Semester Tambahan Dimana Penulis Perlu Mengulangi 2 Subjek Untuk Membolehkan Penulis Berkonvo Seperti Mereka. Oleh Itu Ingatlah Junior²ku Sekalian. Jika Anda Ingin Berjuang Anda Hendaklah Menentukan ‘Vertigo‘ (Tahap Maksimum) Anda. Jangan Buat Sesuatu Tanpa Mengkaji Sejauh Mana Anda Boleh Melangkah. Perancangan Yang Rapi Adalah Sangat Penting Dalam Hidup. Jangan Biarkan Hidup Anda Dirundung Oleh Zaman Kegelapan Seperti Ini. Melatih Diri Adalah Penting Dan Akademik Juga Adalah Penting.
Akhirnya, Selamat Berkonvo Kepada Rakan-Rakan & Seluruh Wargan UKM Sekalian. Semoga Kejayaan Anda Membawa Malaysia Lebih Terkehadapan Lagi Hendaknya.

Wassalam.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- KONVOKESYEN UKM 2008
- Hilang Lagi
- Secuit Rasa Dari Pantai Port Dickson
- 09.08.08
- Thesis Yang Baru Bermula..
- Aura Senat
- Kehidupan Bujang











yeah. link exchange… nantikan. 5 minit
yeah…jangan jeles…akan sampai masamu untuk berkonvo…moga konvokesyen tahun depan lagi meriah dari tahun ini…untung Qai taak konvo lagi….
p/s-ada contest meanrik kat blos den..orang UKM, jom join sama…grab this chance. buktikan ke UKM mu itu…
lu mmg kool aa.
lu pejuang melayu alaf baru
slamat berkonvo
Semoga konvokesyen ke-36 ade muke sayang amik skrol ijazah sambil pakai jubah FTSM kat ats pentas DECTAR.. Buat thesis tu elok2 eh. Jgn malas2 tau.
janganlah sedeh abangku… lama lagi aku grad..2010