Hyderabad, India
Aug 14th, 2007 oleh Qaiyum
22-27 Julai 2007. Saya Dan Serombongan Dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Berpeluang Melawat Dan Mengkaji Kehidupan Masyarakat India Terutama Di Bahagian Selatan Kawasan Andhra PradeshIaitu Hyderabad.

Dapatlah Kiranya Saya Berkongsi Hasil Pengalaman Ketika Di Sana..
Antara Pengisian Yang Sempat Diisi Oleh Kami Adalah Melawat 2 Buah Universiti Terkemuka Di India, Melawat Tempat² Bersejarah Hyderabad, Melawat Kawasan Industri & Teknologi Di Sana Dan Tidak Lain Dan Tidak Bukan.. MEMBELI-BELAH!
2 Buah Universiti Yang Dilawati Adalah University Of Hyderabad & Osmania University. University Of Hyderabad Didakwa Universiti Yang Terbaik Di India (Perkataan Mendakwa Digunakan Adalah Kerana Kadang² Kita Terlalu Mengagungkan Universiti Sendiri. Oleh Itu, Mungkin Suka Untuk Menunjuk-nunjuk Kehebatan Masing²). Walau Bagaimanapun Dakwaan Itu Mungkin Ada Kebenaran Kerana Mereka Hanya Mengambil Pelajar Untuk Pengajian Peringkat Pasca Siswazah Dan Ke Atas.

Osmania University Mendakwa Pula Universiti Itu Adalah Universiti Terbesar Di India. Tetapi Memang Pun. Kalau Dikira Keluasan UKM + UM + UTM + USM, Belum Tentu Lagi Dapat Menandingi Keluasan Osmania Universiti (Besar Betul India Ni). Kami Hanya Sempat Melawat & Beramah Mesra Dengan Kelompok Mahasiswa/i Dan Tenaga Pengajar Di School Of Art & Social Science. Sekolah/Fakulti Ini Mempunyai Senibina Bangunan Yang Menjadi Simbol Pelancongan Di Hyderabad. Namun Sesuatu Yang Agak Pelik Didapati Di Universiti Ini Dimana Mereka Tiada Pertubuhan Perwakilan Pelajar. Bermakna Tiada Pilihanraya Kampus Untuk Melantik Wakil² Pelajar. Mereka (Dekan & Tenaga Pengajar) Amat Melaung-laungkan Bahawa India Sangat Mementingkan Demokrasi (Sewaktu Sesi Dialog). Namun Sistem Yang Universiti Amalkan Melambangkan Bahawa Mereka Mengamalkan Sistem Autonomi. Dimana Pihak Pentadbiran Sendiri Berkuasa Mutlak Dalam Menentukan Hala Tuju Semua Pelajarnya. Ini Juga Bermakna Mahasiswa/i Di Sini Masih Lagi Tidak Berpeluang Untuk Membuka Minda Mereka Sama Seperti Mereka Di Bangku Sekolah.

Hyderabad Kaya Dengan Destinasi Kawasan Bersejarah Memandangkan Usia Bandar Ini Menjangkau 500 Tahun Tuanya. Ianya Telah Menjangkaui Beberapa Zaman Kesultanan Dan Dinasti. Bermula Dengan Sebuah Ciptaan Agung Iaitu Charminar Yang Membawa Maksud ‘4 Menara’. Setiap Kali Merenung Beberapa Kepingan Gambar Senibina Ini, Hati Tersentuh Di Atas Keagungan Senibina Ini. Ini Baru Keagungan Ciptaan Manusia..


Golconda Fort Adalah Sebuah Kota Yang Merupakan Kota Terawal Di Hyderabad. Mempunyai Senibina Sebuah Kota Lama Yang Masih Tersergam Indah. Riwayat Kota Ini Lebih Kurang Sama Macam Hikayat Troy Pulak. Apabila Kejatuhan Dinasti Kesultanan Qutb Shah Ini Adalah Kerana Seseorang Telah Membuka Pintu Kota Sewaktu Peperangan.

Sebuah Kuil Yang Dinamakan Kuil Birla Mandir Adalah Dinamakan Bersempena Dengan Nama Usahawan India Yang Berjaya Telah Melaburkan Kekayaannya Untuk Membina Kuil Ini. Kuil Ini Adalah Antara Yang Terbesar Di Hyderabad Yang Mempunyai Senibina 90% Terdiri Daripada Batu Marmar. Satu Perkara Yang Boleh Diambil Iktibar Adakah Orang Kita Yang Telah Berjaya Dalam Hidup Akan Melihat Kembali Kepada Asal Usul Sehingga Sanggup Menjuruskan Harta Kekayaan Kepada Pembinaan Tempat Ibadat Untuk Kegunaan Masyarakat??

Wah, Penat Sudah Nak Letak Gambar. Oleh Itu, Izinkan Saya Lebih Memfokus Kepada Penulisan. Mari Kita Lihat Antara Kelebihan Dan Kekurangan Di Tempat Orang. India Adalah Negara Yang Kedua Berpenduduk Ramai Di Dunia Selepas China. Maka India Juga Telah Banyak Melahirkan Dan Menghantar Buruh² dan Tenaga Kerja Ke Segenap Pelusuk Dunia Termasuk Malaysia. India Lebih Tertumpu Kepada Bidang Perubatan Dan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Maka Dengan Itu India Telah Banyak Melahirkan Doktor² Pakar Dan Pengaturcara Komputer Terkemuka. Microsoft Telah Melabur Begitu Banyak Di India Yang Telah Mempunyai 2 Silicon Valley Iaitu Di Bangalore & Hyderabad. Didakwa Lagi Bahawa Seramai 30% Tenaga Kerja Di Microsoft Adalah Terdiri Daripada Rakyat India. Walaupun Dilihat Dari Sudut Logik Memang India Kelihatan Hebat Dalam Bidang Itu. Tapi Bila Dinilai Kembali Mereka Agak Kurang Dari Segi Melahirkan Rakyat Yang Menjadi Golongan Pemikir & Penggerak Di Dalam Negara Sendiri. Ya.. India Agak Bagus Dalam Melahirkan Tenaga Buruh Dan Seterusnya Dapat Menyumbang Kepada Syarikat Multinasional. Tetapi Mereka Gagal Dalam Melahirkan Rakyat Yang Boleh Menjadi Pencetus Kepada Agenda Pembangunan Negara. India Sebenarnya Mempunyai Kekuatan Untuk Mencipta Sendiri Gagasan Yang Boleh Bersaing Dengan Syarikat Multinasional Seperti Microsoft & Intel. Tetapi Tidak Ada. Kenapa? Yang Ada Cumalah Syarikat² Kecil Yang Mungkin Bernaung Di Bawah Microsoft Sendiri.
Secara Teorikalnya Seperti Yang Telah Saya Jelaskan Di Atas, Mahasiswa/i & Graduan Yang Dilahirkan Di Setiap Universiti Di India Lebih Tertumpu Untuk Melahirkan Tenaga Kerja Yang Berkemahiran Secara Teori. Mereka Tidak Ada Kebebasan Dan Peluang Seperti Kita Di Malaysia. Ditambah Lagi Dengan Tekanan Di Dalam Negara. Oleh Itu Mungkin Mereka Lebih Selesa Dengan Bekerja Di Luar Negara Mahupun Di Syarikat Milik Orang Luar. Walaupun Dikatakan Rakyat India Kuat Berpegang Pada Tradisi, Namun Mereka Agak Kurang Dari Segi Untuk Menyumbang Balik Kepada Negara. Mungkin Ideologi Sistem Kasta Masih Mempengaruhi Pemikiran Mereka.
Oleh Kerana Saya Malas Untuk Membebel Panjang, Eloklah Kiranya Saya Memberikan Kesimpulan Mengenai Hasil Dapatan Saya Di Sana :
- Kanak-Kanak Umur 4 Tahun Telah Ditawarkan Untuk Diajar Matapelajaran Pengaturcaraan Komputer (Mengikut Iklan Yang Ditampal Di Dinding² Bangunan). Bukankah Waktu Ini Aku Masih Belum Mengenal A B C ???
- Mereka Kuat Berpegang Pada Tradisi. Amat Jarang Untuk Melihat Orangnya Memakai T-Shirt Dan Seluar Jeans. Yang Ada Hanyalah Sari Untuk Wanita Dan Kemeja Berwarna Pudar & Seluar Slack Untuk Lelaki.
- Penduduk Yang Ramai & Kesan Daripada Sistem Kasta Menyebabkan Struktur Sosial Masyarakat India Adalah Antara Yang Terkaya & Termiskin. Yang Berada Ditengah-tengah Adalah Golongan Minoriti.
- Mereka Amat Handal Di Jalan Raya. Tiada Had Laju. Tiada Peraturan Jalan Raya. Hon Kenderaan Yang Memanjang Hingga Membingitkan Telinga. Namun Kurang Kemalangan Jalan Raya Yang Membawa Maut. Pelikkan?
- India Bukanlah Seperti Kita Melihat Cerita Hindustan. Tapi Realitinya Adalah Seperti Kita Menonton Cerita Tamil.
- Tidak Banggakah Menjadi Rakyat Malaysia? Hujan Batu Di Negeri Orang, Hujan Emas Di Negeri Sendiri…
Untuk Yang Terakhir Izinkan Saya Mencuci Pandangan Saudara Dengan Gambar Seseorang Di Bawah Menyebabkan Kita Kekal Terhadap Rasa Cinta Ketika Di India.

Wassalam..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Hingga Akhir Disember Ini…
- Indonesia Raya
- Hujan
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod I)
- Pemilu Malaysia - Barisan Nasional Gagal Menang Mutlak
- 5 Perkara Sulit Mengenai Qaiyum
- Akan Kembali









wow.. pjg sungguh cerita sahabat sperjuangan yg bersame2 dgn saye menjage kebajikan kucing2 di Malaysia ini dengan memberikan belaian maksima terhadap mereka… baeklah… berbalek kpd komen utk ceritera pertama saudara Qoqoi di laman blog barunye ini.. apabila bercerita ttg India, saye teringat kate2 Murad Jailani ketika berborak bersame2 ngan beliau ketika mengadiri Famili Day UPSM pada thn ini.. menurut beliau, apabila kita memandu di India, kite perlu berhati2 terutama pd waktu malam kerana ditgh2 jalan itu kdgkala kelihatan seperti sampah yg berterabur, tetapi sbnrnye ade org tgh melintas.. (hahaha).. jd itu mungkin sbbnye para pemandu di India sentiasa membunyikan hon ketika memandu, menurut ayat2 di dalam blog saudara Qoqoi, utk keselamatan la agaknye… yelah, bile malam bukannya nmpak kalo diorg melintas, kecuali kalo mereka senyum… akhir kate, senyum seindah suria yang membawa cahaya, senyumlah dr hati, duniamu berseri… sekian salam… =)
hai…mael pun ada kat sini??
Qai..link exchange done!!!
wah…jauhnya jenjalan…sure seronok tak ingat kan…jauh berjalan luas pandangan…
UKM dekat sesangat dengan tempat kediaman rasmi den…
Yeke? Akak Dila Tinggal Seksyen Brape? Den Pon Duk Umah Sewa Kat Seksyen 2 Ni Aa..
Exchange Link Pon Settle..
saya sungguh kagum dengan penceritaan yang panjang lebar oleh saudara Qoi.. keadaan di India sememangnya mengajar kita akan tuah nya menjadi rakyat Malaysia…im proud to be Malaysian..
sesungguhnya kekayaan yang kita ada di negara sendiri tidak harus membiarkan kita leka dan manja..
Tahniah dan syabas kerana terpilih untuk mengikuti lawatan ke India….sesungguhnya ia adalah sesuatu kenangan yang x dpt dilupakan sepanjang hidup ini,,,keadaan masyarakat India yang begitu daif haruslah diambil tauladan dan pengajaran,,,Peristiwa yang sampai sekarang dalam ingatan shah ialah sewaktu seorang kanak-kanak lelaki yang mengelap kereta untuk mendapatkan duit bagi mengisi perut yang lapar…pada ketika ia menunjukan perut kita dapat agak bahawa dia berada dalam keadaan lapar,,(sedihnyer…) Sebagai rakyat MALAYSIA haruslah berbangga kerana negara kita tidak berlaku seperti ini,,,Bersyukurlah atas nikmat yang ada.
[…] Eropah. Tay See Hwai - Pembangunan China. Rajanee - Perindustrian Thailand. Qaiyum - Bidang ICT Di India. Sila Sediakan Slide. Ada Masalah Mesej Saya. Terima Kasih” (Segala Shortform Telah […]
[…] Saya Akan Ke INDONESIA !! Negara Kedua Yang Saya Lawati Selepas Hyderabad,India Bagi Tahun Ini. Saya Akan Mengikuti Sebuah Program Anjuran Unit Pengantarabangsaan UKM Bersama² […]
[…] Antara Salah Satu Pengalaman Menarik Saya Tahun 2007 Ini Adalah Berpeluang Melihat Negara Orang Di Hyderabad, India Dan Indonesia. Merantau Ke Negara Orang Membuka Minda Kita Betapa Bertuahnya Kita Mempunyai […]