Revolusi Terakhir Untuk Dekad Ini..
Aug 11th, 2007 oleh Qaiyum
Assalamualaikum..
Selamat Datang Bagi Mereka Yang Sudah Dan Baru Mahu Mengenali Saya. Saya Adalah Abdul Qaiyum Borhan Dengan Ini Merasmikan Kemunculan Sulung Laman Blog Qaiyum.net . Ini Merupakan Laman Blog Saya Yang Entah Keberapa Dalam Siri Penulisan Blog Yang Telah Saya Lalui Semenjak Di Bangku Sekolah Lagi.
Blog Saya Yang Terakhir Adalah qai.upsm.org Yang Mana Penulisan Saya Lebih Memfokuskan Kepada Pemikiran Dan Kehidupan Seorang Mahasiswa. Namun Konsep Itu Tetap Saya Serapkan Dalam Blog Ini Memandangkan Saya Masih Lagi Dikategorikan Sebagai Seorang Mahasiswa. Namun Setapak Kaki Saya Sedang Cuba Melangkah Ke Alam Pekerjaan. Diharapkan Ini Adalah Perubahan Terakhir Dalam Episod Perubahan Blog Saya Dan Saya Akan Dapat Melibatkan Diri Secara Serius Dalam Penulisan Blog Ini.
Konsep Yang Diketengahkan Dalam Blog Ini :
- Penggunaan Bahasa Ibunda Yang Sopan Lagi Sedap Didengar Dalam Usaha Untuk Memperjuangkan Bahasa Melayu Di Arena Antarabangsa (Sungguh Murni Cita-Citaku Ini).
- Walaupun Sekali Pandang Blog Ini Lebih Menceritakan Mengenai Kehidupan Seorang Manusia Bernama Abdul Qaiyum, Namun Ketelitian Isi Digarapkan Dari Sekecil Perkara Disekeliling Kita Sehinggalah Isu-Isu Di Peringkat Global.
- Mengamalkan Sikap Optimis Dan Terbuka Dalam Segal Isu.
- Ingatkan Saya Jika Saya Terlalu Melalut.
Penghargaan Juga Ingin Saya Tujukan Kepada Saudara MohdIsmail Di Atas Segala Tunjuk Ajar Beliau Sama Ada Secara Langsung Mahupun Tidak Langsung Dalam Usaha Membantu Saya Membangunkan Blog Ini Dan Memantapkan Lagi Penulisan Saya. Banyak Sumber Rujukan Yang Saya Dapat Dari Blog Beliau Dan Saya Asimilasikan Ke Dalam Blog Saya. Terima Kasih Banyak-Banyak Kepada Sifu Merangkap Bos Saya Ini Di HappyPeople Media .
Diharapkan Blog Ini Dapat Memberikan Input Yang Berguna Kepada Anak Bangsa Kita Dalam Usaha Untuk Memajukan Diri Sendiri Seterusnya Bersama Memartabatkan Bangsa, Agama Dan Negara.
Sekian.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












Saya Hanya Mahu Testing Plugin Comment Samada Berfungsi Atau Tidak.
tahniah…ok ko punye blog..ade semangat patriotik…ak pun sama..hahaha…semoga aper yang di impikan dapat dicapai jua akhirnya…insyaAllah..
Hah! Aku sudah jumpa blog Qai..Hehehe..Tak sia-sia pencarian aku di technorati..*wink *wink…
Semoga impian terlaksana, teruskan usaha!
Happypeople Media boleh!
Sukela bace blog sayang ni. Nampak kemas dan teratur. Harap hidup sayang pn teratur serta bilik tu kemas dan bersih.